DIY Keychain With Tinker CAD

7 Mei 2019 | Aktiviti Terkini

Pada 06 May 2019, Pusat Internet PPR Batu Gong sekali lagi mengadakan kelas ICT untuk memberi peluang kepada belia di sekitar Batu Gong untuk mendapatkan pendidikan berkaitan penggunaan komputer dan internet. Pada kali ini, kelas memfokuskan kepada penggunaan perisian melalui sumber terbuka yang boleh didapati di internet untuk tujuan pendedahan iaitu perisian Thinker CAD. Thinker CAD merupakan perisian yang membolehkan pengguna untuk membuat reka bentuk sesuatu objek yang seterusnya akan dicetek menggunakan 3D printer untuk menghasilkan objek 3D.

Di awal kelas, peserta diberikan sedikit pengenalan berkaita perisian bagi meberikan gambaran awal kepada mereka tentang apa yang mereka akan pelajari sebentar lagi. Seterusnya, mereka dikehendaki untuk membuat akaun di perisian Tinker CAD agar boleh dimanfaatkan pada masa hadapan. Setelah selesai, peserta dibawa untuk melakukan pembelajaran menggunakan perisian melalui tutorial yang telah disediakan di dalam Tinker CAD itu sendiri. Akhir sekali, peserta dengan bimbingan penyelia menghasilkan reka bentuk objek yang berasakan keychain dengan nama sendiri.

Antara aktiviti yang dilakukan semasa kelas adalah;
1. Mempelajari asas pembuatan reka bentuk objek dengan menggunakan tutorial yang disediakan.
2. Memindahkan dan menggerakkan objek ke pelbagai sudut penglihatan agar mudah untuk mereka bentuk keychain yang akan dibuat kelak.
3. Menghasilkan DIY Keychain dengan nama sendiri.
4. Memasukkan lubang ke dalam tapak Keychain untuk memudahkan Keychain untuk digantung
5. Menyimpan reka bentuk yang sudah siap menggunakan file .stl untuk memudahkan kerja mencetak kelak.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

 

 

 

Kembali Ke Atas

kembali